Pages

Tuesday 2 July 2013

Cara Meningkatkan Kesuburan Lelaki

Masalah kesuburan lelaki adalah sangat serius bagi pasangan berkahwin yang ingin mendapatkan zuriat. Terdapat pelbagai cara untuk meningkatkan kesuburan lelaki. Kesuburan lelaki bergantung kepada cara pemakanan ataupun diet, cara hidup, faktor sekeliling dan lain-lain lagi.

Antara cara meningkatkan kesuburan lelaki adalah:

1. Kurangkan pendedahan kepada persekitaran yang mampu menyebabkan masalah kesuburan lelaki

  • Faktor Pekerjaan juga menyebakan pekerja menggunakan pakaian yang boleh menyebabkan masalah kesuburan lelaki. Oleh itu, elakkan dari menggunakan seluar dalam ketat ataupun seluar fit yang boleh mengganggu peredaran darah di kawasan kangkang.
  • Pendedahan terhadap bahan kimia juga menyebabkan masalah kesuburan lelaki. Elakkan dari terdedah kepada sinar x-ray, bahan beradioaktif dan juga baja kimia. Gunakan pakaian pelindung jika terpaksa berhadapan dengan bahan-bahan ini.
  • Faktor suhu di celah kangkang mempengaruhi penghasilan sperma. Jadi elakkan dari memakai pakain yang memerangkap haba.
2. Makan makanan yang seimbang dan berkhasiat
  • Ambil makanan yang mengandungi anti-oksida yang tinggi. Makanan ini akan meningkatkan jumlah sperma yang dihasilkan. Makanan yang mengandungi vitamin C dan E juga membantu meningkatkan kesuburan lelaki.
  • Makan makanan seperti sayuran yang pelbagai dan produk tenusu yang rendah lemak. Ini akan meningkatkan kesuburan lelaki dengan lebih berkesan.
  • Elakkan daripada mengambil minuman beralkohol, kopi yang boleh mengurangkan jumlah penghasilan sperma.
3. Amalkan gaya hidup sihat
  • Berhenti merokok. Merokok akan mengurangkan jumlah penghasilan sperma dengan banyak.
  • Elakkan minuman keras dan yang mengandungi kafein.
  • Jangan mengambil dadah.
  • Elakkan dari stress. Masalah stress akan menyebabkan  masalah berkaitan seksual. Ini akan menyebabkan hormon terganggu seterusnya mengganggu penghasilan sperma.
Saya juga galakkan anda untuk membaca Panduan Muktamad Kesuburan Lelaki. Sila baca di SINI. Jika anda mempunyai masalah kesuburan lelaki ataupun jika anda ingin meningkatkan kesuburan lelaki, anda boleh dapatkan Ebook Panduan Muktamad Kesuburan Lelaki

No comments:

Post a Comment