Pages

Wednesday 3 July 2013

Cara Hidup Tidak Sihat Punca Kesuburan Lelaki Terjejas

Masalah kesuburan lelaki adalah masalah yang besar kepada sesuatu ikatan pekahwinan. Walaupun peratusan lelaki yang mengalami masalah kesuburan adalah rendah, namun anda juga boleh mengelak daripada masalah ini berlaku kepada diri sendiri.

Pelabagai punca yang menyebabkan kesuburan lelaki terjejas. Entry ini mengupas mengenai pengaruh cara hidup tidak sihat yang mempengaruhi kesuburan lelaki. Berikut merupakan sebab sebab masalah ketidaksuburan lelaki boleh berlaku.

Pengambilan Dadah
Pengambilan steroid untuk otot meyebabkan alat kemaluan lelaki mengecil. Ini akan menyebabkan penghasilan sperma yang berkurang lalu menyebabkan kesuburan lelaki terjejas. Pengambilan kokain dan ganja juga akan mengurangkan jumlah sperma yang dihasilkan. Dadah ini juga akan merosakkan kualiti sperma yang dihasilkan. Hasilnya, masalah kesuburan berlaku.

Pengambilan Alkohol
Pengambilan minuman beralkohol telah dibuktikan secara saintifik akan menyebabkan penghasilan hormon testosteron berkurangan dan seterusnya mengurangkan jumlah sperma yang dihasilkan. Minum minuman beralkohol juga menyebabkan masalah hati.

Merokok
Merokok menyebabkan kesuburan lelaki terjejas dengan teruk. Secondhand smoker, iaitu orang yang menghidu asap rokok juga akan menghidap masalah kesuburan lelaki. Jadi berhenti merokok dan jauhi perokok. Jika anda perokok tegar, saya cadangkan anda mendapatkan Panduan Berhenti Merokok. Panduan ini anda boleh ikut untuk berhenti merokok dalam sebulan.

Stress
Stress juga penyumbang utama kepada masalah kesuburan lelaki. Stress akan mengganggu penghasilan hormon yang berkaitan dengan penghasilan sperma.

Penggunaan Basikal
Percaya atau tidak ada saintis yang mengatakan bahawa penggunaan basikal dalam tempoh yang lama akan menyebabkan testikel kepanasan sekaligus menyebabkan masalah kesuburan lelaki. 

Pada entry lepas yang bertajuk cara meningkatkan kesuburan lelaki, saya telah ajarkan cara atau langkah yang anda boleh gunakan untuk meningkatkan kesuburan lelaki. Anda boleh baca di SINI.

JIKA ANDA MEMERLUKAN PANDUAN BERKESAN KESUBURAN LELAKI, ANDA BOLEH DAPATKAN PANDUAN MUKTAMAD KESUBURAN LELAKI. EBOOK INI MENERANGAKAN SECARA MUDAH BAGAIMANA ANDA BOLEH TINGKATKAN KESUBURAN LELAKI DENGAN LANGKAH MUDAH TANPA PERLU TERIKAT DENGAN PANTANG LARANG.

No comments:

Post a Comment